
geli – Aku sangat geli.
Cakap baik baik.
*╔═••••••🌿🌹💖🌹🌿••••••═╗*
🍃💓🌸🍃💗🍃🌸💓🍃
﷽CAKAP BAIK-BAIK
BILA ada sahabat yang sakit, jangan diulang banyak kali kepadanya bahawa sakit itu penghapus dosa. Sebenarnya ayat itu adalah peringatan untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
Orang yang sedang sakit, emosinya tidak stabil. Berikan kata-kata yang menyenangkan hatinya. Katakan sakit itu UJIAN tanda Allah sayang dia dan doakan agar dia cepat sembuh.
Begitu juga keadaannya bila dapat tahu ada sahabat yang ditimpa bencana. Jangan cakap itu semua kifarah di atas dosa silamnya. Katakan semua itu ujian Allah, pasti ada HIKMAH di sebaliknya.
Bila jumpa pasangan yang sudah lama berkahwin tapi tidak punya zuriat, jangan tanya bila nak dapat anak. Tapi katakan ALLAH hendak beri yang terbaik pada mereka.
Bila nampak orang yang dibenci ditimpa kesusahan, jangan kata “Padan muka sebab dulu kau buat pada aku!” Manalah kita tahu entah-entah dia sudah lama sedar kesilapannya.
Jika nampak orang berlaku kejam, jangan kata, “Tunggulah karma, apa kau buat hari ni, akan dibalas satu hari nanti!” Kita tak payah hukum dia. Jangan kita ambil alih kerja Allah. Kita DOAKAN saja agar dia berubah.
Jika mendengar cerita dari sebelah pihak, jangan terus menghukum pihak yang satu lagi sebab kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Bila nampak orang kaya tidak mahu bersedekah, jangan kata dia kedekut sebab kita tidak tahu mungkin dia bersedekah lebih banyak daripada kita, cuma dia lebih suka menyembunyikan sedekahnya.
Bila nampak orang yang bekerja keras tapi duit tak pernah cukup, jangan kata rezekinya tak berkat kerana kita tak tahu betapa dia menjaga keberkatan rezeki dan pekerjaannya. Hanya ALLAH yang tahu rahsia segala rezeki setiap hamba-Nya.
Bila nampak orang gemuk, jangan tanya sama ada dia tak diet ke, tak jaga makan ke, tak pandai jaga badan ke, sebab dia mungkin tak berkesempatan menjaga diri sendiri kerana sibuk menjaga keluarganya.
Bila nampak anak yang meninggalkan ibu bapanya di rumah orang tua, jangan kata dia anak yang derhaka sebab kita tidak tahu mungkin itulah yang terbaik baginya supaya ibu bapa tidak terabai ketika anak pergi bekerja. Semua kata-kata itu untuk peringatan kita sendiri, bukan untuk dilemparkan kepada insan lain.
Jagalah lidah, jagalah hati, jagalah pandangan, jagalah perasaan. Mungkin niat kita baik, tapi ia boleh mengecewakan orang berkenaan. Menegur itu boleh, tapi biarlah selaras dengan hati yang menadah kata-kata kita.
Ketahuilah bahawa ALLAH sudah merancang segala yang terbaik untuk setiap hamba-NYA. ALLAH Maha Pandai, jangan kita pula memandai-mandai.
Wallahualam…
🍃🌸🌸🍃💖🍃🌸🌸🍃
*╚═••••••••🍃🌈💖🌈🍃••••••••═╝*

Teruskan buat baik. – In shaa Allah.
Az Noi – Assalamualalkum.
Uji.
{ فَأَمَّا ٱلۡإِنسَٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّيٓ أَكۡرَمَنِ }
[Surah Al-Fajr: 15]
Abdullah Muhammad Basmeih:
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”
